Red Afie Stileyta {RAS}

Pengikutku

03 June 2011

tips menjadi pasangan yang baik

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.Minggu ini, Pesona berkongsi 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1 )Terima seadanya:
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.
2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
3) Aktiviti bersama:
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.
4) Tunjukkan cinta anda:
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.
5) Kawal perasaan:
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.
6. Jangan ungkit kisah lalu:
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.
7) Kurangkan rasa cemburu:
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.
8) Jaga komitmen antara satu sama lain:
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.
9) Jujur:
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

nota kasih sayang

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Selagi bernafas peliharalah cinta sejati sebaik-baiknya...  Usah sesekli mencemarinya kerana ia bisa mengundang bencana...  Sematkan cahaya cinta itu dgn erat dan jangan biarkanya hilang....  Biarkan ia hilang daripada mata dan hati yg suci...  Dalam ketawa airmata ku mengalir...  Dalam sebak senyumanku terukir...  Kadangkala aku gembira...  Ada masa aku menangis...  Dan aku masih sayangkan dirimu selagi aku terdaya... Mengapakah jadi begini...  Mengapakah silih berganti... Riang sedih prasaan...  Perasaan semalam tak mungkin hilang...  Hilang hanya sebentar tetapi datang semula...  copyright by afystileyta <3<3<3

18 May 2011

dia balas ! dia balas !




hari ni baru aku berani txt dia !!
amazing , dia balas seyh !!
huh , nak cakap fasal pgganti aku dan dia konon !
ptuihh , aku tak batak la jawapan pganti aku tuhh
sebab aku kan dah doa yang kau akan dapat yang lagi better 
kalau kau nak tahu sangat pganti kau yang bersarang dlm hati aku ni
ha , kat dlm blog aku dah terpampang pggantinyerr






*dalam hati nak je aku cakap aku nak kau balik*


tapi tapi , kau carilah orang lain ., aku ni tak layak untuk kau sebab kau tu famous sgt .
comel . . dah la banyak perempuan tergilakan kau .
entah kenapa aku gak yang tersangkut dulu .
dah dah . . hari ni je aku txt kau
i promise yang ini adalah text T E R A K H I R 
supaya aku tak jatuh hati dan sayang kau balik




ending kisah kita is , you ade orang lain
means u got your wife , your kids . your grandchildren

so where am  i ?
i am so far , , far away watching for you , your happiness .
i will always pray for your life .

the one that i really wish is , i will die first before you get married . 
sebab tak nak kecil hati kan . you're the one that i really love . . but its all before we broke up .
sekarang i dah tak sayangkan you dah 
so please jangan sampai i sayang you balik
G E T O U T !!



syahirahyuna92