Red Afie Stileyta {RAS}

Pengikutku

14 December 2010

KEM KEMBARA 10'

KEM KEMBARA 10'
~ Memperkasa Survival Generasi Muda ~
This Real Story Created By Afie Stileyta a.k.a Mohamad Hafiz Tamam !

Tarikh : 10~12 Disember 2010 .
Tempat : Pulara Resort , Pecah Batu , Trong .
Created by : ABIM Daerah Taiping .
Handle by : Abg2 serta Kakak2 UIA .


Fasilitator ~ Kak Tikun| Kak Fa| Kak Faiz| Kak Cik Azura| Abg Zul| Abg Hadi| Abg Farhan|
Group 1 ~ Naim (K)| Wanie (PK)| Afie| Dayah| Zaid| Izzat| Azaliah| Siti Fatimah
Group 2 ~ Irfan (K)| Shuhaida (PK)| Syazmim| Hamizan| Nadhirah| Faiz Athirah| Firdaus|
Group 3 ~ Azahari (K)| Fahanis (PK)| Hana| Alip| Haizam| Fikri| Abie| Atikah|

Fasa Pertama ; Hari Jumaat .

Assalam wbt ! Kenangan Kem Kembara akan disematkan abadi di dlm hati ku serta blog kepunyaan ku sndiri . bermulanya kami , berkumpul di sekolah selepas selesai menunaikan solat jumaat . bertolak ke trong dengan menaiki bas seramai 19 orang . perjalanan kami di anggarkn selama 20-25 minit shja .setelah selamat sampai di mukim trong yaitu destinasi kami , kami di sambut mesra oleh Ayahanda Haji Tarmizi serta abg2 & kakak2 fasilitator UIA dan juga abg Amir bersalaman antara satu sama lain . seterusnya , kami mengambil bagasi masing2 dan bergerak kumpul di dewan , sambil itu kami membersihkan kawasan dalaman dewan sementara menunggu kedatangan wakil2 sekolah yang lain , setelah mereka sampai , baru lah lengkap seramai 23 orang belia muda yang terdiri daripada budak2 sekolah dan sempurna kem ini . sebanyak 10 kaum hawa dan 13 kaum adam . kem ini di beri nama KEM KEMBARA 10' . memperkasakan survival belia muda . kami terdiri daripada umur 18 tahun hingga semuda 15 tahun . selepas itu , kami di bahagikan kepada 5 orang pada 1 group untuk di berikan tempat tido . kami di beri mase kelonggaran untuk mengemas barang di bilik , mengambil serta melihat alam sekeliling , mengemaskan diri bersertakan mandi sebelum berkumpul di surau untuk bersolat maghrib secara berjemaah  .




semasa sampai di pulara resort .


sempat bergambar yea ! cheers babe .



motto group 1 ! naim3 , zaid3 , izzat3 , afy3 , dayah3 , aza3 , timah3 , wanie3 .
bendera group aku (1) Bersahabat ! Bijak ! Berdikari ! Berani ! 
hasil titik peluh berkerjasama .
hati tenang ! jiwa suka ria !






Add caption

makan tengah hari yg terakhir . kurma ayam serta sayur-sayuran .

khusyuk menikmati santapan yg terakhir .

kerja basuh membasuh peralatan dapur . anak2 mithali .
photoshoot beramai-ramai selepas perolehi sijil masing2 dari ABIM .
perjalan pulang ke rumah . home sweet home .
sijil penyertaan dari ABIM Daerah Taiping .
bersuka ria di dlm bas yg byk nostalgia dan sejarah lampau . selamat jugak smpai ke sekolah .


jejaka hot kem kembara remaja 10'

07 December 2010

I miss my twins SS ~ Shahrul & Shahril Bin Abdul Rahman

abg dan adek . aku merindui kamu berdua tahu ! ! !


hey sahabat . lama kan kita sudah tidak ketemu . ke mana korang menghilang hah ? aku rindu tahu . dah la mase korang  tinggal kan taiping pun tanpa pengetahuan aku . sedih tahu ta . merata rata aku cari korang berdua . sampai sekarang masih aku tunggu kepulangan korang . yang aku dengar hanya korang berpindah ke kuala lumpur suda . maklum la , mungkin kali korang ikut ayahanda korang ke kl kn ? kn ? aku rindu weyh mase zaman2 kecik kita dulu . nakai ya amat . tak dengar cakap langsung , masuk telinga kiri keluar telinga kanan . semua benda di buat ikut kepala otak sendiri . memberontak sana memberontak sini . padan la dengan usia kita mase tu . tengah membesar . liar nak di kawal .  tapi yang paling menyayat kan hati aku ialah , sebaik saja korang lahir , korang tidak sempat merasakan kasih sayang seorang ibu kn ? mana tak nya , dah ibu korang lahirkan anak kembar . besar risiko untuk bersalin . aku simpati sangat2 . aku berbangga dengan atok dan nenek korang . bela dari kecik sehingga la besar . even depa tu garang , tapi sebaliknya depa sudah memberi corak kehidupan yang terbaik untuk korang . aku salute lah . rase2 cam nak je pegi taman kaya tu then tanye kat grandparents korang , dimanakan korang ? kenapa tak balik taiping ? tak rindu kawan2 tigers ? awat tak jenguk kami semua ? awat tak contact kami ? tapi sampai sekarang aku masih takot selepas kejadian waktu maghrib tu . aku di marahi oleh kedua2 grandparents korang . shahrul , hg sebagai abg kepada si shahril . tolonglah jaga hubungan korang tuh yah . jangan selalu gaduh2 mcm mase kecik2 dulu na . hahaha . tapi pada pandangan aku la kan . shahril lebih matured dari hg shahrul . adik lebih matang dari segi perwatakan dan pergaulan . abg pulak tak habis2 dok nyakat aku . ingat la doe , mase korang tolong aku gaduh dengan victor roma haram jadah tu . kurang ajaq giler dye , berani dye tolak adik aku nak naik bas . kata kawan2 kita , adik aku hampir di lenyet dek tayar bas . hangat je aku dengar kejadian tu . esok pagi tu , aku , abg arul , adek aril , fared , n the geng mula plan gadoh untuk aku . sampai je lepas bas hantar dak geoerge menengah kita terus mula pergaduhan tu . hambik ko afie nan victor , dua2 orang bijik mata lebam dek di tumbuk dalam pergaduhan itu . korang tahu ta ? aku pegi sekolah pun sebab korang . korang buat aku seronok , riang , gangster , pala hangin . ingat lagi aku mase tu . kita terikut2 budaya skinhead yang tak ke mana tuh kan ? sampai pakai kasut converse hitam bertali merah la , kepala botak la . aku yang paling taksub dengan lovefendy & arnold mase tu . tapi takpe , semua tu sudah berlalu . dan aku perlahan2 meninggalkn zaman Jahilliah tu . abg .... adek ... mane korang ? masih ingat aku lagi ta ? ke dah lupa kan aku ? bapak korang si ayanhda Rahman sihat ? masih bekerja di suruhan pilihan raya lagi eyh ? aku kenal korang dari darjah satu hingga la form 2 . 2001 ~ 2008 . shahrul ... shahril .. tolonglah . aku teringin sangat2 nak ketemu korang .. kalau boley , sebelum ajal aku datang nanti , please la ketemu aku naa . mak aku pun dah lama tak dengan khabar kamu berdua . andai kata tak sempat nanti , ziarah saja makam kubur aku lah naa . salam kerinduan ku buat kamu berdua ya sahabat . muahhh muahhh muahhh .

22 November 2010

jatuh motor ! menempah kedukaan !

huh , nyesal betul aku keluar petang tadi , jatuh motor . sia sia aku peroleh parut luka yang baru di lutut dan kaki setelah sekian lama tak jatuh semenjak dari darjah 6 lagi .darjah 6 merupakan kali terakhir ak serah kan anggota badan untuk di lukai .  tup tup , petang nih nasib tak baik terus baring dan landing di corner jalan . bukan aku nak salah kan hang syafiq , tapi mungkin jugak nasib dan takdir aku untuk jatuh kan . nak buat macam mana kan ?? motor calar sikit2 ja . yang teruk nya aku . hampeh , calar sana calar sini, nasib baik tangan ku masih suci bersih tanpa luka . punca merajuk nak naik motor lepas ni daa . to syera(babe)- i suda bagitahu to my parents about that . betu la cakap u tu > surely tak da lesen , confirm i tak pakai helmet , tak bace doa , keluar waktu hujan , tak hatihati , mesti ngelamun mase bawa dan tak reti bagitau parents . yelar, takot kena bebel dan kena marah . huh , tak larat nak dengar daddy n mummy bising . i sekadar senyum n gelak2 even tengah mengalir darah dan mengerang kesakitan kepedihan tu . aku melerakan diriku mandi air panas untuk mencucikn luka luka ku . selepas selesai aku mandi , aku menyapu ubat kayu merah hasil peninggalan arwah nenekku che siah . ubat tersebut betul2 useful , banyak kegunaan dan membuat pesakit baik dari luka dengan sembuhnya . tak menyesal apih ,menggunakkan nya , tok . Tok, kalau tok ade kan , mesti tok dah tolong sapukan ubat kan ,? demah kan luka dengan ais kan ? cuci luka dengan iodine ? tapi sekarang , apih seorang yang merawat luka . andai kata mase apih jatuh tu , ade kenderaan di belakang , suda confirm2 apih jadi arwah dan menyusul menemani tok di alam barzakh tu !!!! apih rindukan tok , belaian tok , nasihat tok , dan seterusnya . apih nak solat pun susah tok , tahhiyat awal dan akhir pun saket . tak boley lipat kaki . nak sujud pun kena pelan pelan . lutut lebam akibat tersembam dek jalan corner tuh . naseb baik seluar jens tu tak koyak . salam sayang dari apih my lovely grandma . muahmuahmuah !

20 November 2010

enjoy time along the days .

Bismillahirrahmannirahim ! hari ni tanggal 20/ Nov / 2010 , hari sabtu merupakan hari ku yang amat enjoy . Thanks very much to my pak su amin . berbaloi jugak paksu balik ke taiping. apih nak pegi kajang , tapi tak boley sebab apih banyak hal kat taiping nih .Starting from morning until late evening aku enjoy sepuas-puasnya . mula detik dari pagi , aku bersiap pergi bersama maksu dan paksu ku majlis pertunangan anak buah pak su amin , iaitu Tin . Alhamdulillah , semua nya sudah berlepas dengan lancar dan jayanya . Kenyang jugak aku melantak kat kenduri tu, bergelen gelen air aku balun, hehehe .. seterusnya , aku gunakan jalan shortcut ke taiping untuk beli tiket keretapi untuk pulang ke kuala lumpur . sebelum sampai di sana , mak su ku masih sempat mengajak singgah ke rumah makcik ah . akhrinya dapat jugak aku dapat bermain dengan cucu makcik ah, comey dan kiut miut sangat baby yang berusia sebulan tu . lepas itu , kami pergi ke stesen keretapi taiping untuk membeli tiket , tetapi malangnya pekerja ktmb tengah rehat mase tu dari pukul 1 sampai pukul 3 . so, paksu decide untuk balik ke rumah dan kembali membeli tiket pada pukul 3 petang ni  . sebaik sampai di rumah , aku lepak menonton tv 1 bersama paksu amin dan adikku yang bongsu, yeen , khusyuk sangat korang tengok sukan sepak takraw sukan asia guangzhou tu kan ? tapi malaysia kalah jugak di tangan thailand . haih , tak bekerdip langsung mata korang naa . seterusnya , masa enjoy ku di teruskan . 3-6 pm. bermula dari rumah~stesen keretapi taiping~mee combat~taman tasik~burmese pool~taman sentosa bukit larut~kaki bukit larut~coronation pool~kuartes askar taman tasik~taiping war cemetry~kamalodge~teratai taman tasik~ lastly, padang esplanade ! sungguh menyeronok kan . tak rugi apih ikot paksu .hehehe . layannnn . selepas membeli tiket train , kami pi berdua pi kena makan di bawah bangunan larut matang . si paksu pekena nan mee combat dengan ais kacang aiskrim lagi , pergghhh lazat gituh . aku pulak pekena nasi goreng ayam nan teh tarik . selepas kenyang makan di mee combat taiping . kami mula bergerak menaiki motor AGC **** ke taman tasik . hahaha.. seluruh jalan kami menyelusuri masuk . sempat jugak kami melawat ke taiping war cemetry . banyak sungguh jasa pengorbanan askar2 masa perang dunia dulu . 
taiping war cemetry |36 !

thanks paksu coz sudi melayan kerenah apih . hahaha.. tak pasal pasal paksu jadi photographer untuk apih jap kan ? hehe.. i'm sorry paksu . keinginan mahu naik ke atas bukit larut tidak kesampaian akibat menaiki motor dan keadaan yang begitu sunyi . hehehe . kitorang berpatah balik dan bergerak ke teratai taman tasik . sempat jugak apih tunjuk kat paksu  jam matahari kn ?? hahaha.. ketika di dalam kawasan taman tasik, kitorang hanya meredah dengan menaiki motor . sweet pulak tengok orang naik itik kayuh tu kan ?? orang yang tengah berjalan dan joging usha pelik kat kita noh . biasalah, kita kan mat rempit kajang bak kata paksu . orang tak da paksu nak merempit , masa orang ade paksu menyepi dan nerd ja bawak motor tu . hahaha, momen yang tak boleh apih lupakan masa kita on the way nak beli tiket . kurang ajaq kan kereta honda civic tu , bagi signal kiri saat2 akhir . hampir kita nak buat wee-kang kan paksu, hampir nak terangkat tayar belakang !! nasib baik la paksu pandai  handle dengan cermat walaupun terkejan-kejan untuk beli tiket . kalau tak , hospital la jawab nya kita menginap malam ni , hahaha ..
 merasa jugak ku jejak kaki ke perkuburan askar2 perang orang islam .
taiping war cemetry 1939-1945 .

 Al-Fatihah .

majlis pertunangan brother Tin . hehehe . berjaya suda . Alhamdulillah  .

selepas selesai meronda di taman tasik , kami melepak dan mengambil angin di padang serbaguna iaitu Padang Esplanade Taiping . haha . paksu perasan pulak seorang artis yang bernama Dahlan Zainuddin iaitu  sinar bintang RTM masa zaman 70an .hahahaha . sempat jugak artis Dahlan mai jumpa dan bersalaman dengan kita noh paksu . sampai malam ni masih bau tangan dia lagi . chewah , tangan artis pulak tu . mau tak berangan  . perasan pulak ak . apih betul betul respect dahlan sebab masih kuat bermain bola di bahagian backup striker even umur nya menjangkaui usia 70 tahun pada 3 bulan akan datang kata si dahlan . tapi rugilah, tak sempat nak snap photo nan dahlan untuk buat kenangan . To Pak Su Amin , terimakasih banyak2 apih ucapkan kerana bagi apih membawa motor dari taiping sehinggalah pulang ke rumah . amin... dengan kepercayaan yang paksu berikan , kita selamat pulang dan sampai , alhamdulillah . Jazakkallah hukairan hukasira' !

Salam Dari Daddy Stileyta |36

19 November 2010

Kasih dan Cinta dalam Islam .

 ~Bismillahirrahmannirrahim~
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan ..
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan ..
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak  lelaki  dan  perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di Akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan .

Friendship often ends in love ~
But love in friendship is never ~
To love is nothing ~
To be loved is something ~
To love and be loved is everything ~
Dont marry a person you can live with ~
Marry someone you cannot live without ~
Kindness in words creates confidence ~
Kindness in thinking creates profoundness ~
Kindness in giving creates love ~
LOVE .
One word that frees us
 of all the weight and 
pain in life .

Cinta yang suci abadi ialah hati yang sentiasa  
mengingati Allah S.W.T . Malah manusia yang 
cerdik pandai ialah umat manusia yang sentiasa 
mengingati MATI .
with loves from Daddy |36 
~Jazakallah hukairan hukasira' ~

13 November 2010

about me !

♥▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬♥
بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
♥Mohamad Hafiz B Mohd Tamam
♥SMK King Edward VII Taiping ♥
♥RoCkStEaDy 368 l|l ♥
♥Red Holic ♥
♥9494 ♥