Hidup kita ini terlalu singkat.
Sewaktu dilahirkan, kita diazankan.
Sewaktu kita meninggal kita disolatkan.
Begitulah juga kehidupan ini.
Hanya sekadar tempoh antara azan dan solat.
Tidak lebih dari itu.
Janganlah kita melihat kebahagiaan itu umpama melihat pelangi,
kerana kita akan merasainya selalu di atas kepala orang lain..
tidak akan pernah berada di atas kepala kita...
Apabila engkau dikelilingi musuh atau kegagalan
,janganlah takut..ingatlah resmi layang-layang...
ianya terbang kerana menentang angin dan bukan kerana mengikutinya..
Keselesaan tubuh kerana sedikit makan,kedamaian jiwa kerana sedikit dosa,
ketenangan hati kerana sedikit angan-anganketerpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.
seandainya jejaka tergoda,
ketawa syaitan di neraka,
seandainya gadis ternoda,
gugurlah bunga di syurga...
No comments:
Post a Comment