Lelaki
Menangis, Apa Maknanya?
Kenapa Lelaki Menangis?
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yangkuat imannya.
Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu.
Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur,
merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih.
Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini.
Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap
egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak
akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut
hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah,
maksudnya rasa berkasih- sayang dan rasa ingin saling mengambil berat.
Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis
pemikirannya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang
buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan
menangis apabila:
# Terlalu gembira apabila
menyambut kelahiran cahaya
mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu
pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang
amat mendalam kepada Allah
Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal
dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat
azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong
rasa kehambaan di dalam zikir-
zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala
mengenangkan ayat-ayat Al-
Quran yang dibaca olehnya.