Red Afie Stileyta {RAS}

Pengikutku

01 February 2011

kata seorang perintis IBU !

> Masih ku ingat kata-kata ibu
> sambil memberi wang dan berpesan Sayang,
> 'Pergilah ke kedai Pak Mamat
> beli sekati gula dan sekati tepung
> kalau tiada pergi ke kedai Maniam
> kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

> Sambil berlari girang
> dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
> dengan sarang-sarang tempua berhayunan
> bagaikan buaian
> aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
> bertahun-tahun begitu
> sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

> Kata Ibu:
> 'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
> Pak Mamat membayar zakat
> kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
> siapa menanggung dosa
> kalau mereka jadi kaya raya
> wang tadi dibina patung-patung dewa
> kita terheret percuma masuk neraka
> hanya sedikit yang masuk syurga
> selainnya masuk neraka
> kerana subahat membina Muruga dan dewa'.
>
> Kata Ibu:
> 'Kalau mereka menjadi kaya raya
> nanti mereka menjadi ceti
> diberi Melayu pinjamnya wang
> habis dilelongnya tanah warisan
> kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.
>
> Kata Ibu:
> 'Kalau mereka kaya raya
> habis dibelinya tanah dan bendang
> padi naik harga kerana Melayu
> hanya jadi kuli bukan tuan
> kilang bukan kita punya
> kedai juga bukan kita punya
> tengok tu minum
> kopi pun kata mereka
> sedap dikedai Cina'.

> Kata Ibu:
> 'Kalau mereka kaya raya
> habis dibelinya pekan dan kampung
> kita nantinya tinggal
> dipinggir sungai bakau
> dan berumah di bukit bukau
> tapi kini sungai
> juga dibeli dijadikan kolam udang
> bukit juga dibeli dibina kondo mewah
> Melayu mahu tinggal di mana
> dalam hutan belantara?'.
>
> Kata Ibu:
> 'Tanamlah kucai kita dapat berkat
> kerana makan sayur yang tidak subahat
> kucai di kedai Cina disiram najis babi
> kalau kita tanam kucai
> kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

> Kata Ibu:
> Jangan makan tokua
> kalau tak tahu siapa pembuatnya
> jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
> kalau makan makanan subahat
> hati hilang sinarnya
> kerana memakan makanan subahat
> hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa
> hati akhirnya mati
> kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
> kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
> dosa kita berganda-ganda
> lalu tuhan turunkan bala'..
> Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan





>>> Afy Stileyta >>>

No comments:

Post a Comment